Tuesday, November 14, 2017

KISAH NAK JADI 6 TAHUN..





kekadang permintaan anak ni aneh2 jer aku rasa.. 

dalam sebulan lepas.. qaleef tanya kat aku "nak panggil abah tu 'papa' boleh tak ?"

baru2 ni jer pulak.. dia request nak panggil aku 'ibu'...

maybe sebab dia dengar kawan2 dia panggil kot.. teringin nak rasa.. hahaha..

aku cakap kat dia "panggil jer lah".. 
aku ok...kot dia nak merasa..
walaupon mungkin rasa pelik jer kan.. dan 5 tahun lebih panggil mama..bahasakan diri mama..tetibe nak panggil ibu.. takut aku tak menyahut jer nanti.. 

qaleef tak tau.. dulu awal2 kelahiran dia.. abah sado tu bahasakan diri dia 'papa' tau.. ada aku parking post tu kat blog ni ha.. tapi sekejap jer.. dalam beberapa hari.. abah sado sendiri tak rasi.. dia sendiri nak tukar jadi 'abah'.. walaupon aku rasa time tu macam tak matching jer ngan 'mama'.. hahaha.. lekat lah 'abah' tu sampai sekarang.. bayangkan nak tukar jadi 'papa sado' pulak.. hurrrrmmm..

tapi.. qaleef panggil ker ibu dan papa tu ?

tak lah.. 

qaleef pon lupa aku rasa nak panggil kiterang ibu dan papa.. [tak matching jugak] dan tak pernah cuba panggil pon.. mungkin dia pon rasa tak biasa.. 

eeaahh.. korang tau tak..qaleef tak tau 'emak' atau 'mak' tu apa tau..!!

lagi epic..




oohh.. tapi tu tak cukup aneh yer..

ada lagi aneh bila sejak awal tahun ritu.. qaleef mintak nak jadi 6 tahun !! [sekarang qaleef 5 tahun lebih]

dan aku langsung tak paham kenapa dia nak sangat jadi 6 tahun tu !! apa beza nya...?? adakah dia rasa 6 tahun cukup dewasa ke hapa..aneh betul lah pemikiran anak ni..

bila dia tanya "bila qaleef nak 6 tahun ni mama ?" atau "qaleef nak jadi 6 tahun"

memula aku jawap : tunggu lah besday qaleef bulan 4 tahun depan..

dan lepas tu dia tak berhenti tanya bila nak bulan 4.. bila nak besday qaleef..bila qaleef nak jadi 6 tahun ?

penat nak jawap dengan jawapan yang sama.. aku bagitau : kene sunat dulu.. baru nanti boleh jadi 6 tahun..

bahahahahahahahahahaha...

ok..aku bukan nak menakutkan dia.. but since memang plan nak sunat kan qaleef cuti sekolah akhir tahun ni [Insyaa Allah]..qaleef tau yer sunat tu apa..dia pernah tanya pasal hal ni masa dia dengar dari tv..[cerita upin ipin kalau aku tak silap] ingatkan dia nak seram2 takut nak sunat ker kan so dengan harapan..dia akan berhenti tanya pasal nak jadi 6 tahun tu..

tapi rupernya dia ok jer...!!!
dan lepastu dia asyik tanya.. "ma.. bila nak sunat ni.. qaleef nak jadi budak 6 tahun"

huwaaaaatttttttttttttttt...!!!! 

penat lah mak kau nak jawap nak oooiiii.... 

itu lah unik nya anak aku sorang ni... semua bende pon nak teruja..

aku tak pasti apa yang dia pikirkan pasal 'nak jadi 6 tahun' tu.. pernah jugak aku sembang2 ngan dia pasal hal ni.. tapi aku tak dapat jawapan pasti..aku cuma pikir.. bende ni ada kaitan ngan pergaulan dia kat sekolah..[tapi aku pernah cerite pasal ni kat teacher dia.. so far..takde pulak perkara2 yang tak elok like buli ker..even qaleef pon tak pernah cakap apa2 yang tak baik berlaku] so.. takde jawapan.. mungkin aku rasa.. dia nak jadi tinggi.. dia nak jadi lebih besar.. or maybe dia nak rasa lebih dewasa... MAY BE...melalui apa yang aku observed pada perangai dia kat rumah.. 

dia kata nak tido sendiri [kat bilik dia] sebab dia kata "nak jadi 6 tahun kene tido bilik sendiri" 
atau bila dia makan dengan sangat banyak sebab dia kata "nak jadi besar macam 6 tahun"


aku selalu cakap kat dia bila dia kena ikut teman aku gi mana2.. atau tuk sesetengah situasi.. "qaleef abang.. qaleef anak lelaki sulung mama..qaleef kene jaga mama..kene teman mama bila abah takde.. macam abah selalu jaga mama" 

so nanti qaleef akan cakap "nanti qaleef 6 tahun qaleef lagi besar..lagi kuat.. lagi hebat boleh jaga mama"

so.. aku related kan..
may be dia rasa 6 tahun tu dah cukup dewasa..kot.. hahaha.. walaupon aku rasa naive jer pemikiran anak ni..dan aneh2 jer permintaan dia..tapi qaleef mempunyai 'jiwa' yang sangat besar.. dan aku harap aku mampu didik dia dan shaquille jugak jadi lelaki yang baik insyaa Allah.. 

so.. kisah qaleef nak jadi 6 tahun.. tunggu lah dia sunat cuti sekolah ni [insyaa Allah] dan tengok lah dia masuk 6 tahun tadika next year ni... tak tau apa dia pikirkan secara tepat.. aku sendiri tak sabar nak tunggu apa akan berlaku next.. hahaha.. nak tanya apa dia rasa bila jadi 6 tahun nanti... 



"Thank you for being the reason i smile"